Friday, April 17, 2009

Bekas ADUN Penanti - dimana rasa tanggungjawabmu?

Mohammad Fairus Khairuddin bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti

seorang lagi wakil rakyat PKR yang menyatakan kekesalannya secara tersirat bahawa dia tidak layak menjadi wakil kepada rakyat di kawasannya.

berapa banyak lagi duit rakyat hendak dihabiskan untuk mengadakan pilihanraya kecil? kalau wakil rakyat di kawasan tu meninggal dunia, itu sudah kehendak takdir, tak mengapalah, memang sudah ajalnya. tapi kalau sesenang hatinya meletakkan jawatan, seharusnya dan wajib diadakan satu akta yang dapat mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi.

wahai 'pemimpin' yang dipilih rakyat untuk memimpin, kalau terasa diri tak dapat jalankan tanggungjawab, jangan mencuba-cuba bertanding. kasihanilah mereka yang menyokong dan mereka yang bekerja keras memberikan kemenangan kepada para pemimpin....


fikir-fikirkanlah....