Friday, February 27, 2009

TOL TAK JADI NAIK

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Thursday, February 26, 2009

TOL NAIK LAGI

YANG LAIN NAIK JUGA KE?


KADAR TOL DI LEBUHRAYA PLUS, SPRINT, AKLEH, BESTRAYA, DAN NPE AKAN DINAIKKAN MULAI 1 MAC, KATA MENTERI KERJA RAYA - SUMBER BERNAMA.



- Tambang bas nanti naik lagi ke? udah ler ekonomi pun tak bagus sangat nih!! -



DERMA ELAUN CUTI

BAIKNYA HATI... YANG LAIN BILA NAK JOIN?



Teluk Intan(Berita HArian) : Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan semua 6 exconya menghadiahkan elaun percutian luar negara berjumlah RM20,000 setiap seorang untuk golongan miskin negeri Perak.
Kata Datuk Dr Zambry "kami rasa tidak sesuai menggunakan dana negeri untuk bercuti, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang"



- Fikir-fikirkanlah... tapi yang menakutkan, bila niat ikhlas seseorang itu selalu disalah-anggap pihak tertentu yang memang tak suka tengok orang buat baik. kalau orang buat jahat, dia tak kisah ler pulak! Renung-renungkanlah... -

Wednesday, February 25, 2009

NAK TAHU?....

NOMBOR CALON PEMILIHAN UMNO


TIMBALAN PRESIDEN
01. Muhyiddin Yassin
02. Mohd Ali Rustam
03. Muhammad Muhd Taib


NAIB PRESIDEN
01. Ahmad Zahid Hamidi
02. Mohd Shafie Apdal
03. Rais Yatim
04. Mohd Isa Abd Samad
05. Syed Hamid Albar
06. Mohd Khaled Nordin
07. Abdul Rahim Tamby Chik
08. Hishammuddin Hussein

KETUA PEMUDA
01. Mukhriz Mahathir
02. Mohamad Khir Toyo
03.Khairy Jamaludin

KETUA WANITA
01. Rafidah Aziz
02. Shahrizat Abdul Jalil



- SELAMAT BERTANDING... MOGA YANG TULUS DAN TELUS MENDAPAT UNDIAN TERBANYAK. AMIIN....-

BILA BACA UTUSAN MALAYSIA PAGI NI...

GAGAL 775 KALI UJIAN MEMANDU



Di Seoul, seorang wanita Korea Cha Sa-soon, 68 tahun masih mahu mencuba untuk lulus ujian bertulis bagi mendapatkan lesen memandu. Sehingga kini dia masih belum berjaya mendapatkan minimum 60 markah untuk lulus. dia sudah membelanjakan lebih 10 juta won (kira-kira RM23,800) untuk melalui proses ujian berkenaan.


- Salute betul! Saya memang salute kat makcik ni. Tak putus asa lagi makcik ni. Bayangkan dia nak ambil lagi untuk kali ke 776. Bila baca berita ni, terasa malu sendiri. kita ni, kadang-kadang baru sekali ke dua kali gagal buat sesuatu, terus putus asa. kekadang gagal sekali atau orang cakap apa-apa yang boleh jatuhkan semangat, dah taknak buat. CAYALAH AUNTIE!! -

Thursday, February 19, 2009

BERTEMU YB DATO SHAHANIZA SAMSUDDIN




Peluang bertemu dengan YB Dato Shahaniza Samsuddin, ADUN Kuala Sentul, Pahang sememangnya satu peluang yang tidak mungkin saya lepaskan. Selaku Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia dan juga ADUN, beliau sememangnya bersedia menerima segala soalan diajukan kepadanya. Jawapan yang diberikan tidak mengecewakan ahli meja yang mendengarnya.
Soalan saya kepadanya tidaklah sukar cuma sekadar soalan biasa. Tetapi saya sememangnya tidak menduga akan menerima jawapan luar biasa daripada soalan biasa yang saya ajukan kepadanya.
Terima kasih kerana sudi bersama kami di suatu petang di Bumi Indera Kayangan. Harapan saya, beliau akan tetap kekal sifatnya seperti kali pertama berkenalan dengannya biarpun masa bertukar dan beliau semakin kukuh kuasa politiknya.
Semoga berjumpa lagi...

Tuesday, February 17, 2009

SAUDARA POLITIK

SAUDARA POLITIK
..................................

Mereka pernah sekapal
tersungkur dalam ribut terhempap layar.
Berpeluk, mereka bersumpah sehala
betapa pun perit petir mengancamnya.

Di daratan keakraban sempat
merangsang mereka sedar,
nikmat dan bijaksana.

Masa penguji abadi mencabar segala,
memandulkan nadi hingga
satu senja, cengal tumbang atas jeti,
masing-masing sengaja tuli.
Bermulalah satu kesangsian.

Jika ia tak menghormati dasar,
ia tak menghormati diri,
kewujudan kehilangan erti.

Perhubungan menjadi jeti patah.
Dari cengal rebah berselerak jengkala.
Mereka kembali alpa, lara dan buta.

Mereka pernah sekapal
kini telah terbakar.



Karya : A.SAMAD SAID
DEWAN SASTERA 1985
............................................


- apa yang menariknya tentang sajak ini bagi saya ialah tentang baris-baris ayatnya yang seolah-seolah satu kritikan halus kepada ahli politik. kalau dulu masing-masing berpeluk dan bersalam tanda bersahabat tapi yang terjadi sebaliknya apabila masing-masing mencari arah berlainan, mungkin untuk meluaskan kuasa dan melebarkan pengaruh. maka disitulah wujudnya ayat terakhir "mereka pernah sekapal tapi kini telah terbakar". mungkin terbakar oleh api kemarahan atau api cemburu dan dengki sesama sendiri.

ELIZABETH WONG TAWAR DIRI LETAK JAWATAN



PETALING JAYA 17 Feb. — Elizabeth Wong, yang diasak dalam kontroversi berikutan penyebaran gambar bogel beliau, telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. (Utusan Online)


- kesian Elizabeth Wong ni, udah ler kena aniaya tapi orang PKR sibuk ler pulak suruh dia letak jawatan. lastly, betul-betul Elizabeth Wong tawar diri nak letak jawatan. Tak baik betul PKR buat camtu! Seronok betul depa ni nak buat pilihanraya kecil dalam ekonomi tengah gawat ni yer...

Friday, February 13, 2009

PILIHANRAYA SERENTAK..

Pagi tadi, SPR dah umumkan tarikh keramat yang dinantikan. juga status kerusi Bukit Selambau secara rasminya adalah kosong. Secara rasminya juga kedua-dua kerusi di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak.

PENAMAAN CALON - 29 MAC 2009

PILIHANRAYA - 7 APRIL 2009

HARAP-HARAP BIARLAH AMAN SUASANANYA DI KEDUA-DUA BUAH NEGERI NI... BIARLAH KITA CUMA PILIHANRAYA JER BUKAN MERUSUHRAYA....

MELAYU DAN SULTANNYA...

Selama lebih kurang seminggu saya melihat satu drama yang boleh dikatakan menarik. Drama yang bagi orang ramai bukan satu lakonan (kalau betul depa tak berlakon), tapi adalah realiti kehidupan yang cukup menyentuh perasaan saya.

Apabila orang Melayu di Perak menghina Sultannya sendiri beberapa persoalan timbul di fikiran saya. Adakah mereka di Perak tidak kenal peribadi Sultan Azlan? Bagaimana perilakunya? Apakah pula sifat Duli Tuanku? Tidak kenalkah rakyat sendiri kepada Sultannya? Kalaulah orang di luar Perak mengagumi keperibadian Sultan Azlan, adakah orang Melayu Perak sewenangnya mahu Sultan mereka dicap sebagai Sultan yang tidak adil. Bukankah dulu Sultan yang memilih Menteri Besar Perak dari kalangan PAS dan bukannya DAP walhal DAP yang menang lebih banyak kerusi?

‘Bersatu kita Teguh, Bercerai kita Roboh!!”. Perpaduan Melayu adalah lambang kekuatan Melayu. Janganlah kita biarkan air terus mengalir di celah-celah retakan itu, kerana tembok yang kukuh sekalipun akhirnya akan roboh juga. Bagaimana mungkin ketuanan Melayu akan dipertahankan kalau Melayu sendiri tidak Bersatu dan Menyatu. Bersatu di kalangan Pemimpin-pemimpinnya, dan menyatukan rakyat dibawah pimpinannya. Melayu akhirnya akan hilang imej dan identitinya, jika kepentingan diri melebihi atau mengatasi segala-galanya. Janganlah jadi ‘Melayu yang makan Melayu’, akhirnya nanti Melayu yang rugi sendiri.

Seharusnya orang Melayu berpadu dan bermuafakat dalam memastikan institusi raja-raja dikekalkan. Orang Melayu harus dilihat kuat dari segi rohaninya, ajaran agama Islam menjadi asas dalam segala aspek kehidupan. Orang Melayu harus dilihat hebat dari segi politiknya dan kukuh dari segi ekonominya serta dihormati kerana ketinggian tahap intelektualnya.

Tiada yang lebih menyedihkan daripada melihat orang Melayu di masa depan tidak lagi menjadi tuan di Negara sendiri, sedangkan pejuang-pejuang kemerdekaan dulu bermandi darah untuk menebus Negara ini daripada menjadi milik bangsa asing yang menjajah Negara ini tanpa rela. Fikir-fikirkanlah, dan renung-renungkanlah, kalaulah itu yang terjadi, jika hari ini kita masih lagi tidak mahu berubah atau terlalu ego untuk berubah, jika hari ini kita hanya tahu tunjukkan perasaan di tengah jalan dan bergaduh sesama Melayu....