Thursday, February 19, 2009

BERTEMU YB DATO SHAHANIZA SAMSUDDIN




Peluang bertemu dengan YB Dato Shahaniza Samsuddin, ADUN Kuala Sentul, Pahang sememangnya satu peluang yang tidak mungkin saya lepaskan. Selaku Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia dan juga ADUN, beliau sememangnya bersedia menerima segala soalan diajukan kepadanya. Jawapan yang diberikan tidak mengecewakan ahli meja yang mendengarnya.
Soalan saya kepadanya tidaklah sukar cuma sekadar soalan biasa. Tetapi saya sememangnya tidak menduga akan menerima jawapan luar biasa daripada soalan biasa yang saya ajukan kepadanya.
Terima kasih kerana sudi bersama kami di suatu petang di Bumi Indera Kayangan. Harapan saya, beliau akan tetap kekal sifatnya seperti kali pertama berkenalan dengannya biarpun masa bertukar dan beliau semakin kukuh kuasa politiknya.
Semoga berjumpa lagi...

2 comments:

  1. bagi saya beliau lah ketua puteri malaysia kelak,,,anda bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, kalau sudah tersurat jawatan itu milik beliau, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

    ReplyDelete